BM | ENG
Apabila anda berdaftar untuk Program Afiliasi kami, anda diminta untuk memaut dan mengesahkan akaun media sosial anda.
Langkah ini penting untuk sebab-sebab tertentu:
Syarat sah untuk menyertai Program Afiliasi Shopee: semasa proses pengesahan pendaftaran, pihak kami akan membuat penilaian ke atas profil media sosial dan kandungan anda untuk memastikan selari dengan polisi komuniti dan kandungan kami.
Mengelakkan penipuan: Proses pengesahan pemilik media sosial membantu untuk memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar dan aktiviti promosi adalah telus. Ia juga membantu kami untuk mengenal pasti sebarang penipuan oleh penggung yang berinteraksi dalam kandungan plagiat dan menggunakan akaun media sosial yang palsu.
Ketelusan Kandungan: Pihak kami akan melakukan proses pengesahan profil dan kandungan untuk memastikan bahan promosi selari dengan garis panduan komuniti afiliasi. Kami menggalakkan penghasil kandungan untuk mengekalkan imej yang mesra dan positif.
Nikmati Lebih Banyak Ganjaran: Afiliasi Shopee menawarkan pelbagai kempen dan inisiatif berdasarkan faktor seperti bilangan pengikut, kewujudan media sosial dan kategori dari semasa ke semasa. Pengesahan media sosial anda akan melayakkan anda untuk ganjaran tambahan ini.
Dengan meletakkan pautan dan mengesahkan akaun media sosial anda semasa pendaftaran, anda bukan sahaja mendapat akses kepada potensi promosi malah untuk memupuk komuniti afiliasi yang telus dan dipercayai. Ia adalah manfaat untuk kedua-dua belah pihak iaitu anda dan Program Afiliasi Shopee